10 Benda Mesti Ada Semasa Berpantang

Posted on 29. Nov, 2009 by in tips

Najwa1

Semua ibu-ibu akan mengalami proses berpantang selepas melahirkan anak. Biasanya orang Melayu buat selama 44 hari, dan ada juga yang 100 hari. Orang Cina dan India selama 30 hari (best kan?). Aku malas tak sempat nak buat kajian – apa kelebihan berpantang ni, tapi aku percaya ia adalah untuk kebaikan ibu-anak juga walaupun ada yang tak masuk dek akal. Yang pasti, tanyalah semua ibu-ibu, siapalah yang syok and enjoy the confinement period?? Mesti semua tak sabar-sabar nak abiskan 44 hari ni. Kalau ada orang yang seronok sangat masa pantang, meh contact aku, aku nak berguru!

Oleh kerana aku sudah HABIS 44 hari berpantang, aku rasa benda2 ni MESTI ADA untuk mengurangkan kesakitan dan kebosanan semasa berpantang ni. Panduan ini juga sangat berguna untuk ayah-ayah…sebab, kalau isteri2 anda tension, anda juga akan turut tension. Yelah, sure dia akan mengadu tak henti-henti (ini ok lagi) atau melepaskan tensionnya pada anda (ini sgt tak bagus). Heh, lebih-lebih lagi kalau berpantang kat rumah mertua, ye dak? :)

NO. 1: INTERNET CONNECTION
Wooo ini penting wooooo….kebanyakan ibu-ibu sekarang, are full-time working mothers. Dan biasanya di office sudah disediakan internet 24h untuk berfb berkerja dengan lebih efisyen. Handphone sekarang pun, banyak yang ada 3G. Kedai mamak, cafe-cafe, shopping complex, salon, spa, semua pun dah ada wifi sekarang ni. Abih tu, tiba-tiba masa berpantang, ko nak sekat hak keistimewaan ini?? Kurang2 tak boleh keluar rumah, bolehlah jugak keluar secara maya. Heh, aku yang ada internet kat rumah ni pun ada jugak rasa tempias tensen. Bila penat tu, boleh la jugak berchat-ing ke, berfb ke, dan yang penting sekali ialah MEMBACA untuk mengumpul ilmu yang dah 3 tahun tumpul ni. Bila ada kesangsian tentang baby ke, engorgement, apa-apalah…boleh lah mencari info dengan cepat or membaca petua/tips orang lain yang mengalami masalah yang sama. Ko gogel je apa2, sure dapat jawapannya… anak hidung tersumbat, liang air mata tersumbat, nak b*r*k cepat…semua ada.

NO. 2: WATER HEATER
Ada mak-mak tak kasi mandi, lap-lap badan aje – tapi kena pakai air panas (suam la). Tapi Ibu aku kasi mandi, dia cakap untuk segarkan badan, tapi tak boleh lama dan kena pakai air panas. See..kepentingan water heater dalam hal ni kan? Takan la setiap kali nak mandi/lap…ko nak masak air. Ini aku tak berapa kisah lagi…part ni lagi penting. Bila kena episiotomy, pakai air sejuk (bila nak cuci lepas buang air), rasa agak ngilu dan pedih. It is much confortable if we use warm water. Bukan aku je recommend benda ni, aku tahu pun lepas baca satu article kat internet. Masa time Husna dulu, ada nurse yang ajar aku. Aku ingat sebab berpantang, tapi bila dah cuba sendiri baru tahu beza air panas dengan air sejuk.

NO. 3: SEATED TOILET
Uitt takde benda alah ni…aku tak tahu lah camna hidup aku. Terima kasih lah kepada sapa yang mencipta toilet ni. Aku tak sure dari segi perubatan, tapi aku dilarang sama sekali mencangkung oleh makcik urut dan ibu aku – dikhuatiri peranakan ‘jatuh’. Aku tak tahu la betul ke tak, tapi aku memang ngeri nak mencangkung lepas2 bersalin ni…

NO. 4: DISPOSABLE PANTIES
Ini pun sangat berguna. Darah nifas sedikit banyak berbanding darah haid. Sudah pasti, akan ada masa-masa yang terbocor dan ‘terkena’ panties kita. Basuh dalam mesin aje tidak akan hilangkan stain tu, betul tak? So time ni, agak mustahil untuk basuh sendiri (tangan), panties2 kita. Belilah disposable panties, senang kerja. Pakai buang stacy aje! Membazir? Alaaa jangan kedekut sangat..seminggu dua je pakai, lepas tu nifas dah ok. Aku beli yang Guardian punya. Panties dia cotton punya tp still yang disposable. Selesa skit, tak nipis sangat. 1 pack $9.90, ada 5 helai. Jusco pun ada jual…lagi murah tp yang nipis punya. Ikutlah keselesaan masing2.

NO. 5: BREASTPUMP
Ok, no 5 sampai 8 semua berkaitan dengan breast. Yang pertama, perlu ada breastpump. Suka hati mommies semua nak beli jenama apa, yang penting review experience orang dan perlu memenuhi keperluan dan tujuan anda. Aku pakai Avent Isis manual punya. Beli masa time Husna dulu. Masih baik lagi dan berfungsi dengan jayanya. Ok, kenapa kena ada breastpump? Semasa berpantang, kita akan mengalami engorgement atau bengkak susu. Sangat sakit. Sakit yang amat. Baby minum pun tidak akan mengurangkan bengkaknya. Tak perlu sedey, itu rezeki anak. Salah satu cara nak kurangkan bengkak ialah dengan meng’express’ (mengepam) susu anda. Jangan pulak buang susu tu, simpan dalam fridge. Fridge atas – 3 bulan boleh simpan. Bahagian bawah – 2-3 hari. Pasal tempoh simpanan ni boleh baca kat forum susuibu.com or mana2. Kalau aku rajin, nanti aku buat entry khas pasal ni.

NO. 6: NURSING BRA
Oleh kerana breast dah bengkak, mommies semua kenalah pakai bra yang sesuai. Dalam apa jua keadaan sekali pun, aset utama wanita ni kenalah dijaga okey. Jangan la tak pakai bra, nanti saggy pulak. Bra biasa memang tak selesa. Belilah nursing bra. Aku beli selai dulu sblm bersalin sbb nak cuba-try-test material dan saiz. Then lepas bersalin, dah boleh beli 2-3 nursing bra ni. Aku beli online je kat fabulousmom.com. Aku dah try Amber, Angel dan Kelly. Selesa dan harga berpatutan. Paling ok Angel. Lagi satu, kalau ada rezeki lebih, boleh beli Mothercare’s. Itu paling tip-top dan puas hati (korang baca forum mana2 pun mmg rekomen brand ni). Harga pun tip-top lah jugak:) Jusco pun ada jual, brand Scarlet. Murah. Tapi setakat nak pakai je lah (untuk akulah). Tapi ada review yang aku baca, memberi komen yang sangat bagus. Apa-apa pun kena try & error.

NO. 7: DISPOSABLE BREAST PAD
Bila breasts dah engorged, sure akan berlaku leaking. Bila menyusukan baby pun, sebelah lagi akan ada leaking juga. So perlulah ada breast pad ni. Aku sangat TIDAK rekomen yang boleh basuh punya tu…leceh sangat. Lagi pun tak selesa + kurang hygiene, lagi pun tade pelekat, nanti dia gerak2. Belilah yang pakai-buang jugak. Aku pernah pakai Pigeon ke, Tollyjoy or Pureen..aku pun lupa, mahal sket. Masalahnya, tak bagus betul! Then aku jumpa satu brand ni nama dia Bebe. Aaa..ini mmg puas hati. Aku beli kat Jusco, Guardian pun ada jual. Aku tak sure tempat lain, nanti nak cari.

NO. 8: MEDELA PureLan 100
Biasanya awal2, ibu dan baby tak pandai/cekap lagi nak menyusu (tak latch dengan betul). Ikut pengalaman aku, minggu pertama penyusuan, my nipples were sore or cracked. So product ni sangat-sangat membantu aku, melegakan dan memulihkan dengan cepat. Benda ni safe for baby. Aku beli online jugak kat littlewhiz.com sebab Amran tak jumpa kat pharmacies or shopping lain. Ohh, product ni aku guna jugak untuk benda lain, dry skin, small/minor cuts. Cepat baik.

NO. 9: BUAH PRUNE
Aku letak buah ni sebab aku ada masalah nak buang air besar selepas bersalin. Aku tak sure lah, aku takut ke, atau memang susah. Tapi mesti 3-4 hari baru nak buang. Rimas aku nurse (klinik desa yang datang melawat) asyik tanya je dari hari ke sehari. So untuk memudahkan/melembutkan, makanlah buah prune. Aku memang phobia kot, tapi bila nak membuang tu smooth aje. Oh pati buah prune boleh tapi aku tak beli.

NO. 10: HUBBY
Hak no 10 ni, hubby bukan sebarang hubby. Hubby yang diperlukan kali ni ialah hubby yang SANGAT sabar, memahami, penyayang, prihatin dan RINGAN TULANG. Kalau sebelum ada anak, sang suami yang tade ciri-ciri ini, takpe..boleh dimaafkan. Tapi, kalau selepas ada anak, nak goyang kaki, tgk tv,laptop..minum2 mapley ke, silalah berubah okey!! Sian tau kami ni. Mengandung 9+ bulan dalam kesakitan, masa bersalin pun sakit, selepas bersalin pun masih dalam kesakitan. Takan lah tak boleh tolong skeet kan? Urut-urutlah skit, kemas rumah ke, lagi terer mandi kan baby, tukar diapers, buat susu baby ke… apa-apa yang boleh ditolong meringankan atau menenangkan hati isteri tersayang;)

Ok, kepada bakal-bakal ibu or ibu yang akan berpantang tak lama lagi, kalau nak 10 benda yang aku rekomen ni, silalah jalankan pujuk rayu terbaeek anda, tade pun nangislah guling-guling. Tak jadi jugak, ckp kat hubby ayat keramat – “MALAM TIDO LUAR”. Hahahaha…

Selamat Hari Raya Aidil Adha…sesungguhnya hidup ini penuh pergorbanan. Semoga beroleh semua kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin!

***pesanan khas dari penaja kepada Ina Saidin & Cik Sally (mama Syaza) – selamat berpantang yek;)

No related posts.

24 Responses to “10 Benda Mesti Ada Semasa Berpantang”

  1. kzan 1 December 2009 at 11:49 am #

    seronoknya….lama x borak….ingat lg x kat akak nie?..”wink,wink”

  2. Mama husna kewl 6 December 2009 at 5:32 pm #

    Heyy k zan mesti ingatt. Apa khabar semua? Si bijak hakimi? Dah ada adik? =)

  3. amran 8 December 2009 at 1:32 am #

    1 benda yang mesti ada semasa suami berpantang: sabar ;) . hehe.

  4. ina 8 December 2009 at 7:03 pm #

    waaa k.ainee, ina bz sgt2 lately nih, br ade masa nk bc entry k.aineee. tq for the info… some of the things yg k.ainee mentioned mmg ina x prepare lagik.huhuhu….

  5. kzan 9 December 2009 at 5:01 pm #

    rindu sgt nk pregnant lg…tp blm rezeki…
    hakimi “little lawyer” nie pun ckp menduga kesabaran n kekuatan mental…
    ahhahhha…akak kena byk study psl character dia nie,cikgu pre-school dia pun x dpt nk fhm dia,.ahhaha…BTW,akak semakin memahami kenapa Allah bg hakimi lmbat adik…alhamdulillah..

    hrp2 dpt jumpa ainee nnt..

  6. MommyDanish 10 December 2009 at 8:28 am #

    Hye…thankz singgah blog sy…sy nk nyebuk tmbh list kat atas nun…set bersalin…bg sy penting gaks… =)

  7. superwoman.. yeke? 27 December 2009 at 4:17 pm #

    aaa ainee… bagus info tuu. cuma aku replace prune with oats… bagus utk berdiet+bykkan susu as well :D

    rindu kat ko… bila lah leh sembang lama2 ekkk

  8. Irma Hakimi 9 February 2010 at 4:23 pm #

    Congrats ainee. lama tak menyinggah.. tau2 dah bersalin pun. Honestly.. this is the best..best..best..best x 1000000000 post/entry aku penah baca in any blog, website, etc. very true laa.. walaupun aku tak guna semua yg ko mention (like madela pureland and disposable panties). Other than that.. mmg sgt2 betul dan tepat. nanti aku rekomen entry ni kat kwn2 aku yg nak bersalin

  9. casainee 10 February 2010 at 10:07 pm #

    Haha..thanks Irma. really appreciate it. tulah, tahu ko busy;) Take care!

  10. nur atika shaira 28 December 2011 at 1:20 am #

    betul ke semua benda tu kena ada…tips2 lain ada tak…??

  11. nur atika shaira 28 December 2011 at 1:23 am #

    hehe..saje jek tanye..mane tau ada cara lain2 yg kite boleh dapat…

  12. silver account 22 July 2012 at 11:31 am #

    Time aku sedar, hari pun dah pagi. Ani pulak dah tak ada kat dalam bilik. Dia pergi tolong mak dia siapkan sarapan la kot. Lepas mandi, sarapan apa semua, aku lepak dengan abang-abang ipar aku kat tengah rumah. Walaupun aku kawin dengan adik diorang, sori la aku Nak panggil depa abang.. Hehheh. Panggil nama aje la, kau aku kau aku. Bila teringat balik bab aku kawin dengan Ani ni, aku kadang boleh gelak sorang-sorang. Lawak betoi. Masa aku dan Ani diarak ke rumah aku tengahari tu, aku sempat mencuri tengok rumah atuk Ju. Tingkap bilik Ju tertutup rapat. Nampak macam tak ada orang aje kat rumah tu. Nak call pakai handphone, masa tu dah dekat sangat Nak sampai rumah aku.

  13. reverse directory 24 July 2012 at 7:54 am #

    A powerful share, I only given this onto a colleague who was doing a bit of analysis on
    this. And he the truth is purchased me breakfast
    as a result of I found it for him. smile. So let me reword that Thnx for that the treat!

    On the other hand yeah Thnkx for spending the time to debate this,
    I really feel strongly about it and love reading more
    on this topic. If potential, as you change into expertise, would you mind updating your
    weblog with more particulars It can be extremely useful for me.
    Big thumb up for this weblog post!

  14. ina junaidi 6 October 2012 at 2:25 pm #

    salam..

    aku paling suka tang buah prune tuh.. aku pon sebelit gak… masa anak pertama setengah jam lam toilet tak berak2gak.., tau2 jer pandang bwh tgk darah menitik.., bukan luka jahitan terbukak tapi ***** dah berdarah sbb najis keras…aku tak tahan aku bersihkan dgn air aku kuar toilet nangis2 masuk bilik..hby tny ‘dah belum’, aku nangis aku peluk hby aku…azab tul kalu sembelit masa lam pantang..

    pantang anak ke2 ngn ke3 aku beli sunsweet. aku pun tak tau dari perubatan tradisional ia mengganggu barang dalaman kita atau tidak..apa yang penting aku dah serik sembelit dlm pantang…tak sanggup lagi nangis2 sbb payah nak berak..!

  15. Games Sony Psp 16 October 2012 at 9:16 pm #

    I’m impressed, I must say. Seldom do I encounter a blog that’s equally educative
    and entertaining, and without a doubt, you have hit the nail on the head.
    The problem is something which too few people are speaking intelligently about.

    Now i’m very happy that I found this in my hunt for something concerning this.

  16. michael kors womens watches 8 January 2013 at 6:21 am #

    Hi, just wanted to mention, I loved this blog
    post. It was inspiring. Keep on posting!

  17. coach 27 April 2013 at 1:05 am #

    。ロリークリーフはヤンキーのための明確な裏庭を示すハード石ダイヤルを介して2つのいくつ
    かの時計の見事なセットを示し西部。あなたが真剣
    に、非常に活気のある色素を持っているハロ
    ウィーンの衣装を含めた場
    合、徹底的に、手間が存在するだけでどこ、解決策はいくつかの事実の
    ようにロープロファイ
    ルは、実際schokohrrutigeを着なければなけ
    ればならない、
    あなたが実際に表示させるための最
    善の方法は、あります
    パンツや多分ブラウス

  18. シャネル 財布 27 April 2013 at 7:36 pm #

    美容専門家は、鏡を
    見て、そしてあなたの顔の構
    造をトレース本物に見せるために口紅を使用することをお勧め

  19. air max 90 13 May 2013 at 5:28 pm #

    Pessimists are extra most likely to give up striving when issues manifest.
    Regular monthly records are now more challenging to purchase
    certain subjects by using. Also, be sure to assist with
    wallpapers as the sticky that is recommended is harmful.
    Make the brain well-defined with head online games.
    %boundary%

  20. トリーバーチ 16 May 2013 at 4:13 am #

    Hi to all, how is everything, I think every one is
    getting more from this site, and your views are
    fastidious in favor of new visitors.

  21. 財布トリーバーチ 28 May 2013 at 1:25 am #

    Somebody necessarily help to make critically articles I’d state. This is the first time I frequented your website page and up to now? I surprised with the analysis you made to make this actual submit extraordinary. Fantastic activity!

  22. Myron Elliott 31 May 2013 at 12:24 pm #

    Susah betul nak mulakan menulis kat blog ni lah. Ni pun dah berapa kali dok taip padam, taip padam nak start ayat cemana. Okay, first sekali, nak say sorry la kat Anas. Ibu jarang sangat nak tulis milestone dia berbanding kakak dia Husna dulu. Manelah taukan nanti diorang dah besar mesti kicik ati adik Anas kan kalau dia baca blog ni. (Manelah tau ).

  23. Nickolas 17 June 2013 at 10:22 pm #

    Please let me know if you’re looking for a writer for your weblog. You have some really good posts and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I’d love to write some material for your blog in exchange for a
    link back to mine. Please shoot me an e-mail if interested.
    Thanks!

  24. Darnell 2 August 2013 at 9:23 am #

    I’d like to find out more? I’d loνe to find out
    ѕome additional information.

    Mу website … buy viagra оnline – Darnell -