Bangsa Pengkhianat

Posted on 04. Dec, 2008 by casainee in personal

Hari ni aku nak cerita pasal si pengkhianat. Bangsa pengkhianat ni memang bangsa yang paling keji la di muka bumi ni. Tak kisah la, ko khianat orang baik ke, ko khianat orang jahat pun…orang yg telah dikhianati pasti akan melaknat ko. Betul tak?

Hari ini aku betul2 mengenali bangsa pengkhianat ni. Dulu, aku dengar citer-citer orang (yg pernah dikhianati) sahaja…kali ini aku betul2 kena! Dan yang paling best sekali ada 2 bangsa pengkhianat yang aku terkena. Ok mari kita kenali bangsa pengkhianat ni…

1) Bangsa pengkhianat yang pertama (kita bagi nama ‘bang-sal’):
- Asal: paling tidak disangka-sangka iaitu dari DARAH DAGING sendiri
- MO: memang keji, setelah ko dah menabur jasa, budi, duit, fikiran, kereta, dan apa2 sahaja, yelah DARAH DAGING sendiri….bang-sal ni telah menabur __________ (isi sendri la) pada ko dan family ko.
- Ciri: bila susah, dia buat la muka sedey bagai dan cari kita, bila senang, dia tak cari takpe…tapi dia ‘bunuh’ ko!
- Perasaan ko: lebih kepada kecewa, dan selepas ni ko akan membenci ‘bang-sal’ ni, sebenci2 nya!

2) Bangsa pengkhianat yang kedua (kita bagi nama ‘bang-sat’)
- Asal : tak disangka jugak iaitu KAWAN ko sendiri
- MO: kalau ko dah anggap kawan, sepatutnya kena tolong satu sama lain, kalau tak baik ko jadi musuh. kerja musuh memang untuk menjahanamkan ko, tp kawan kalau menjahanamkan dan mengkhianati ko, ko tak boleh panggil dia kawan lagi beb! Ko kena panggil dia ‘bang-sat’. Dia akan jatuhkan ko bila ada peluang, dan dengan cara yang paling ‘cantek’, dan ko tak perasan!
- Ciri: ‘Bang-sat’ ni, dia depan ko dia akan jadi manusia yang paling SUCI la dalam dunia ni, tp bila belakang ko, dia lah sehodoh2 dan sebusuk2 manusia…
- Perasaan ko:  terasa sungguh bodoh kerana menganggapnya kawan.

Pembaca/rakan2 sekalian..berhati2 lah dengan 2 bangsa ni iaitu ‘bang-sal’ dan ‘bang-sat’! Sekiranya saya pernah menjadi bangsa ‘bang-sal’ dan ‘bang-sat’ kepada anda, saya menyusunlah sepuluh jari meminta ampun maaf ye. Sekiranya ada, saya memang kesal dan akan berjanji tidak akan jadi ‘bang-sal’ dan ‘bang-sat’ lagi…Peace!

Ya Allah, lindungilah kami semua dari kejahatan, sesungguhnya Kau la sebaik-baik pelindung. Amin.

No related posts.

5 Responses to “Bangsa Pengkhianat”

  1. Bapak Syaza 5 December 2008 at 7:25 am #

    miahhhaha… kasihan… kasihan….
    ini benda basic dalam kehidupan jer cik kak oii….
    takper…takper… tak perlu membenci sangat… tak bak gituh..
    geng princess semua baek2……
    jadikan la teladan.. jangan terkena lagi….
    sbb tu org tua2 cakap (bukan aku) buat baik berpada2….
    buat jahat… smi….selalu (ini aku lah yang cakap)
    peaceeeee…..

  2. kakzan 5 December 2008 at 12:48 pm #

    marahnya….
    belajar dr pengalaman akak…byk kali kena betrayed(mayb akak mmg jahat kot,tu sbb kena:( )…mmg kita rs benci,marah,sume ada…tp rupanya hati kita x tenang pun…

    tp,bila dh bertahun pendam…alhmdulillah dpt petunjuk…
    betapa Allah Maha Penyayang….kita minta selalu moga Allah sucikn dn bersihkn hati kita
    sesungguhnya org yg mula2 memaafkan adalah org yg kuat kata Rasulullah…

    akak bukn baik pun…tp alhmdulillah skang dh tenang

    ceria2 slalu k..kim slm husna yg comel…

  3. yang terkena 7 December 2008 at 9:24 am #

    thanks ju & k zan…
    ye..saya pasti boleh maafkan mereka, tetapi akan terpahat lah dlm ingatan apa mrk buat kat kita..chewah! hehe nyway…im ok, tade adegan ‘drama-minggu-ini’ pun;)

  4. nizam 19 December 2008 at 4:18 pm #

    salam…tumpang lalu,nak tanya,ada tak kenal sape2 dari kelas 4sc3 kat muar dulu? teringin lak nak tanya kabo member2 lama

    nizam-kuantan-012-9600004

  5. casainee 20 December 2008 at 6:24 pm #

    Eh, mesti lah kenal and ada..ko register facebook, semua budak dari Sc 1 sampai la Sc 11 ada kat sana. Selamat berjumpa kembali;)

Leave a Reply