It is my day! (Part 3)
Setelah terpersona dengan kecantikan Selat Melaka melalui “It is my day (Part 2)”, kami telah menempah 1 bilik untuk menyambung sambutan anniversary kami. Kami memilih bilik yang mengadap Selat Melaka (again), so agak mahal sedikit-rm 300++, tambahan lagi kena hari Sabtu. Aku agak excited untuk bercerita mengenai percutian kali ini kerana, ini kali pertama aku bermalam di hotel kat town Melaka, yang berapa minit aje boleh balik rumah ambil barang;) (oh aku pernah la tido kat A-Famosa tu, tp tu lain sbb ada Water World). Yang kelakarnya, Husna ingat dia pergi KL;)
Biliknya bersih (yelah hotel baru katakan), gambar2 yang sangat unik, berserta seterika, bathrobe dan kelengkapan yang patut bilik hotel ada. Di sini, guest boleh pilih bath tub atau pun power shower. Secara jujur, aku tidak se-surprise-mana, kerana ini hotel baru tapi pemandangan dari bilik kami sangat memeranjatkan seperti aku cerita sebelum ini…dari bilik kami, boleh nampak The Jetty, Masjid Selat Melaka dan sudah tentu Selat Melaka yang aku sangka sudah lama terkubur kecantikannya=) Korang boleh tengok kat sini, apa yang aku maksudkan. Swimming poolnya juga menarik – dari hadapan kelihatan seperti ‘tergantung’. Kami bawa Husna sebelah petang, melepaskan ‘gian’nya..hehe sampai lupa nak ambil gambar.
Tema dinner malam itu ialah ‘Fisherman’s Catch’ (kot), kena betul dengan kesukaan kami sekeluarga. Tak ramai orang so kami dilayan begitu baik dan mesra sekali [Baca: Harusla kan ko layan aku - aku bayar 50+ sekepala ok]. Bila tanya Husna dia nak makan apa, boleh tak dia ckp dengan waiter tu – “I want scramble egg!”. Dengan tidak keberatan, dia pun memesan untuk kami. Selepas itu barulah, Husna nak makan udang. Amran pun tak lepas peluang mencuba tiram – aku? belum sanggup lagi. Paling aku enjoy sekali ialah waktu menikmati dessertnya…yum yum yum! Burp!=)







Esok tengahari, kami check-out. Adik amik Husna pegi kenduri, Mama & Papa dia pegi shopping…hahaha. Minggu tu, betul2 berlagak macam orang-kaya-tak-ingat-dunia!
Moral of the stories:
1) Menarik + cantik juga Melaka ni ye!
2) Ye, Ana, saya perlu dapatkan camera yang gempak.
Related posts:






karaoke ajakler kiteorg lenkli.. aha..
husna ttipu lagi.. melaka pon mcm kl dah ke.. hehe