What?Just a troll??

Posted on 30. Jul, 2010 by casainee in personal, tips

The story goes like this. There was a married man with a nick @sangSuami. His wife – @sangIsteri and sorang anak dara dono-who : @anakdara

Si anak dara in her twitter, wrote somthing like this:

@anakdara:
     Baru lepas merisik @lakiorang, lepas ni boleh lah meminang pulak!
So @sangIsteri ada baca and reply:
     @anakdara kenapa nak meminang @lakiorang ?
Then after a while she replied:
      @sangIsteri alamak. Hello akak. Bukan nak meminang betul2, nak interview encik @lakiorang untuk course project. ^^
So si isteri pun replied:
       @anakdara ohh tak tahu pulak i istilah ‘meminang’ sama dgn ‘interview’;) anyway g luck for the interview n your study.
Then minah ni balas lagi:
      @sangIsteri it was just a troll. Nyway thanks.
Lepas tu si isteri RASA nak balas ini: (tapi tak bls)
      @anakdara pungkuk hang!!

Apakah pendapat anda dengan situasi kecil di atas? Ini pendapat saya yang konservatif dan kolot ni:

Setiap orang esp wanita & anak dara perlulah berhati-hati dgn perkataan/sentence yang digunakan seharian kepada org lain. Silap ckp boleh mendatangkan perception yg berbeza pada orang lain. Perkara yg sama juga apabila berkata2 dgn suami org, wpun anda hanya kawan dlm dunia virtual shj. Kerana silap haribulan takut anda kena siat dgn isterinya. Itu kira ok lagi :)

Berbalik semula pada situasi di atas, memang kecil aje. Pada sang anak dara itu - it was just a troll!! Tapi, cuba para pembaca fikirkan, tak boleh ke sahaja gunakan “interview” instead of “meminang”? Mengapa perlu menarik perhatian orang lain dgn troll anda?? Haruslah isteri itu bertanya kan? I dont think the wife was so stupid to think that the girl is going to meminang his husband for real and aku pun tak rasa si isteri ingat laki dia ada affair with her…but obviously, si isteri ingin menegur anak dara itu ttg penggunaan katanya dlm twitter yg boleh dibaca oleh semua, terutamanya si isteri! Aku harap anak dara itu sedar kesilapan kecil yg dilakukan kerana dia juga akan jadi seorang isteri kelak.

So ingin saya berpesan-pesan kepada semua (termasuk diri saya sendiri) tak kira anda laki orang or isteri orang or org2 bujang, berhati2 lah dengan kata/tulisan anda yang digunakan dalam FB,Twitter - jgn senang2 kata “oh it was just a troll” ! Gunakanlah otak bijak yang Allah beri ini dan juga common sense anda. :)

Here, I rest my case. Peace!

Yuhuuu…Mama is back!!

Posted on 16. Jul, 2010 by casainee in personal

2010

Hahaha…gila bersawang  laman aku ni. The last post was 24 Dec 2009…perghh!

Ohh I’m really excited about getting my so-called normal life back.  So eager to write again. Many things I want to share and  tell.  Let me give u a peek:

1) Of course citer si debab Najwa yang sibuk nak berdiri and berjalan,
2) Si Kakak Husna yang baik, but lately suka nagis bila orang lain hantar dia ke sekolah,
3) Husband aku yang dot dot dot..(heh, to be decided)
4) Nak review  all my BF gadgets,
5) Nak kutuk-kutuk orang,
6) Mmm…tunggu ajelah.

So my beloved frens+family, do visit me ya…
Chiowww! Salam.

Berita Gumbira

Posted on 24. Dec, 2009 by casainee in personal, sedara-sedari

Di penghujung tahun 2009 ni, dan di awal tahun 1431 Hijrah ni… ada 3 berita gumbira yang ku terima:

SATU -  TAHNIAH kepada Aida Mastura bte Kapi, adik ipo ku yang bongsu dan paling besar, kerana mendapat 6A untuk PMR. Takpe dik, Arab D pun tak kisah, Kak Azyan ko bukan nak kawin dengan orang Arab pung…huhahahaha…

3dara
Adik2 Ipo ku (dari kiri) : Awa, Azyan, and the montel girl AIDA.. (pic credit to Kuizikel)

DUA – TAHNIAH kepada Muhd Ameer Ashman bin Azahar, my beloved cousin, kerana mendapat Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Katanya, sekolah yang dihajati….tak kisah la Ashman, jangan ko  nangis sudahhh, sebenarnya akak nak ko masuk MRSM Muar (awat tak kewlnya website ni, Amran ko volunteer la buat baru), menyambung legasi konon, dari Papa and Kak Suria. Anyway, pesanan untuk orang2 Putrajaya – Amad, Nabilah & Adik Nisa, lepas ni boleh lah kita kidnap Ashman;)

ashman
Masa birthday Aiiman (Gave present to Ashman too;)

TIGA – TAHNIAH kepada diri saya sendiri dan suami ku chenta, kerana loan rumah kita sudah lulus. YEAYYYY!!

**Update :
Berita baru di terima (jam 4.15pm), loan keta ku pun dah lulusssss….YEAYYYY tiga kali. ALHAMDULILLAH.

Husna and X’mas

Posted on 15. Dec, 2009 by casainee in husna, ragam husna

While driving home yesterday nite…

Husna : Mama, nanti Mama belikan saya Christmas hat macam Santa Claus tu eh ? (nasib baik bukan beli Santa)
Mama : Ok, kalau Mama jumpa. (Mama memberikan janji palsu;)
Husna : Mama, bila kita nak celebrate Christmas ? (Aahh, sudah! How should I answer this…think think..)
Mama : Kita tak celebrate Christmas…sebab kita Malay. (Jawapan Mama yang tak berkualiti..haha)
Husna : Tapi kan Mama, kita kan can speak English… (hah?)
Mama : (gulp)…… (haha, jawap…jawap…)

Yezzaa…inilah salah satu consequences of watching Disney Channel & Cartoon Network frequently. Inspite of her English is getting better than Papa, she seems to be enjoying, the idea of celebration of Halloween, Masquerade party, Christmas and other stuff. Tapi, aku tak pernah lah pulak menyambut or support ‘hasrat’ dia tu.

At this age, she understands the racial differences since my ‘geng’ here are 1Malaysia..hehe..Melayu ada, Chinese, Indian pun ada. So, not too difficult to explain to her. She ‘knows’ (tak tahu sejauh mana), that she is a Muslim, the idea of solat, puasa, masjid, cannot touch dogs, baca iqra, recite fatihah, doa makan dan selalu berdoa setiap kali nak tido. Tapi aku tak rasa dia faham, ada religions lain dan ada benda yang kita tak boleh buat/sambut.

I guess, it is time to start explaining to her about religions. Where do I start ?

10 Benda Mesti Ada Semasa Berpantang

Posted on 29. Nov, 2009 by casainee in tips

Najwa1

Semua ibu-ibu akan mengalami proses berpantang selepas melahirkan anak. Biasanya orang Melayu buat selama 44 hari, dan ada juga yang 100 hari. Orang Cina dan India selama 30 hari (best kan?). Aku malas tak sempat nak buat kajian – apa kelebihan berpantang ni, tapi aku percaya ia adalah untuk kebaikan ibu-anak juga walaupun ada yang tak masuk dek akal. Yang pasti, tanyalah semua ibu-ibu, siapalah yang syok and enjoy the confinement period?? Mesti semua tak sabar-sabar nak abiskan 44 hari ni. Kalau ada orang yang seronok sangat masa pantang, meh contact aku, aku nak berguru!

Oleh kerana aku sudah HABIS 44 hari berpantang, aku rasa benda2 ni MESTI ADA untuk mengurangkan kesakitan dan kebosanan semasa berpantang ni. Panduan ini juga sangat berguna untuk ayah-ayah…sebab, kalau isteri2 anda tension, anda juga akan turut tension. Yelah, sure dia akan mengadu tak henti-henti (ini ok lagi) atau melepaskan tensionnya pada anda (ini sgt tak bagus). Heh, lebih-lebih lagi kalau berpantang kat rumah mertua, ye dak? :)

NO. 1: INTERNET CONNECTION
Wooo ini penting wooooo….kebanyakan ibu-ibu sekarang, are full-time working mothers. Dan biasanya di office sudah disediakan internet 24h untuk berfb berkerja dengan lebih efisyen. Handphone sekarang pun, banyak yang ada 3G. Kedai mamak, cafe-cafe, shopping complex, salon, spa, semua pun dah ada wifi sekarang ni. Abih tu, tiba-tiba masa berpantang, ko nak sekat hak keistimewaan ini?? Kurang2 tak boleh keluar rumah, bolehlah jugak keluar secara maya. Heh, aku yang ada internet kat rumah ni pun ada jugak rasa tempias tensen. Bila penat tu, boleh la jugak berchat-ing ke, berfb ke, dan yang penting sekali ialah MEMBACA untuk mengumpul ilmu yang dah 3 tahun tumpul ni. Bila ada kesangsian tentang baby ke, engorgement, apa-apalah…boleh lah mencari info dengan cepat or membaca petua/tips orang lain yang mengalami masalah yang sama. Ko gogel je apa2, sure dapat jawapannya… anak hidung tersumbat, liang air mata tersumbat, nak b*r*k cepat…semua ada.

NO. 2: WATER HEATER
Ada mak-mak tak kasi mandi, lap-lap badan aje – tapi kena pakai air panas (suam la). Tapi Ibu aku kasi mandi, dia cakap untuk segarkan badan, tapi tak boleh lama dan kena pakai air panas. See..kepentingan water heater dalam hal ni kan? Takan la setiap kali nak mandi/lap…ko nak masak air. Ini aku tak berapa kisah lagi…part ni lagi penting. Bila kena episiotomy, pakai air sejuk (bila nak cuci lepas buang air), rasa agak ngilu dan pedih. It is much confortable if we use warm water. Bukan aku je recommend benda ni, aku tahu pun lepas baca satu article kat internet. Masa time Husna dulu, ada nurse yang ajar aku. Aku ingat sebab berpantang, tapi bila dah cuba sendiri baru tahu beza air panas dengan air sejuk.

NO. 3: SEATED TOILET
Uitt takde benda alah ni…aku tak tahu lah camna hidup aku. Terima kasih lah kepada sapa yang mencipta toilet ni. Aku tak sure dari segi perubatan, tapi aku dilarang sama sekali mencangkung oleh makcik urut dan ibu aku – dikhuatiri peranakan ‘jatuh’. Aku tak tahu la betul ke tak, tapi aku memang ngeri nak mencangkung lepas2 bersalin ni…

NO. 4: DISPOSABLE PANTIES
Ini pun sangat berguna. Darah nifas sedikit banyak berbanding darah haid. Sudah pasti, akan ada masa-masa yang terbocor dan ‘terkena’ panties kita. Basuh dalam mesin aje tidak akan hilangkan stain tu, betul tak? So time ni, agak mustahil untuk basuh sendiri (tangan), panties2 kita. Belilah disposable panties, senang kerja. Pakai buang stacy aje! Membazir? Alaaa jangan kedekut sangat..seminggu dua je pakai, lepas tu nifas dah ok. Aku beli yang Guardian punya. Panties dia cotton punya tp still yang disposable. Selesa skit, tak nipis sangat. 1 pack $9.90, ada 5 helai. Jusco pun ada jual…lagi murah tp yang nipis punya. Ikutlah keselesaan masing2.

NO. 5: BREASTPUMP
Ok, no 5 sampai 8 semua berkaitan dengan breast. Yang pertama, perlu ada breastpump. Suka hati mommies semua nak beli jenama apa, yang penting review experience orang dan perlu memenuhi keperluan dan tujuan anda. Aku pakai Avent Isis manual punya. Beli masa time Husna dulu. Masih baik lagi dan berfungsi dengan jayanya. Ok, kenapa kena ada breastpump? Semasa berpantang, kita akan mengalami engorgement atau bengkak susu. Sangat sakit. Sakit yang amat. Baby minum pun tidak akan mengurangkan bengkaknya. Tak perlu sedey, itu rezeki anak. Salah satu cara nak kurangkan bengkak ialah dengan meng’express’ (mengepam) susu anda. Jangan pulak buang susu tu, simpan dalam fridge. Fridge atas – 3 bulan boleh simpan. Bahagian bawah – 2-3 hari. Pasal tempoh simpanan ni boleh baca kat forum susuibu.com or mana2. Kalau aku rajin, nanti aku buat entry khas pasal ni.

NO. 6: NURSING BRA
Oleh kerana breast dah bengkak, mommies semua kenalah pakai bra yang sesuai. Dalam apa jua keadaan sekali pun, aset utama wanita ni kenalah dijaga okey. Jangan la tak pakai bra, nanti saggy pulak. Bra biasa memang tak selesa. Belilah nursing bra. Aku beli selai dulu sblm bersalin sbb nak cuba-try-test material dan saiz. Then lepas bersalin, dah boleh beli 2-3 nursing bra ni. Aku beli online je kat fabulousmom.com. Aku dah try Amber, Angel dan Kelly. Selesa dan harga berpatutan. Paling ok Angel. Lagi satu, kalau ada rezeki lebih, boleh beli Mothercare’s. Itu paling tip-top dan puas hati (korang baca forum mana2 pun mmg rekomen brand ni). Harga pun tip-top lah jugak:) Jusco pun ada jual, brand Scarlet. Murah. Tapi setakat nak pakai je lah (untuk akulah). Tapi ada review yang aku baca, memberi komen yang sangat bagus. Apa-apa pun kena try & error.

NO. 7: DISPOSABLE BREAST PAD
Bila breasts dah engorged, sure akan berlaku leaking. Bila menyusukan baby pun, sebelah lagi akan ada leaking juga. So perlulah ada breast pad ni. Aku sangat TIDAK rekomen yang boleh basuh punya tu…leceh sangat. Lagi pun tak selesa + kurang hygiene, lagi pun tade pelekat, nanti dia gerak2. Belilah yang pakai-buang jugak. Aku pernah pakai Pigeon ke, Tollyjoy or Pureen..aku pun lupa, mahal sket. Masalahnya, tak bagus betul! Then aku jumpa satu brand ni nama dia Bebe. Aaa..ini mmg puas hati. Aku beli kat Jusco, Guardian pun ada jual. Aku tak sure tempat lain, nanti nak cari.

NO. 8: MEDELA PureLan 100
Biasanya awal2, ibu dan baby tak pandai/cekap lagi nak menyusu (tak latch dengan betul). Ikut pengalaman aku, minggu pertama penyusuan, my nipples were sore or cracked. So product ni sangat-sangat membantu aku, melegakan dan memulihkan dengan cepat. Benda ni safe for baby. Aku beli online jugak kat littlewhiz.com sebab Amran tak jumpa kat pharmacies or shopping lain. Ohh, product ni aku guna jugak untuk benda lain, dry skin, small/minor cuts. Cepat baik.

NO. 9: BUAH PRUNE
Aku letak buah ni sebab aku ada masalah nak buang air besar selepas bersalin. Aku tak sure lah, aku takut ke, atau memang susah. Tapi mesti 3-4 hari baru nak buang. Rimas aku nurse (klinik desa yang datang melawat) asyik tanya je dari hari ke sehari. So untuk memudahkan/melembutkan, makanlah buah prune. Aku memang phobia kot, tapi bila nak membuang tu smooth aje. Oh pati buah prune boleh tapi aku tak beli.

NO. 10: HUBBY
Hak no 10 ni, hubby bukan sebarang hubby. Hubby yang diperlukan kali ni ialah hubby yang SANGAT sabar, memahami, penyayang, prihatin dan RINGAN TULANG. Kalau sebelum ada anak, sang suami yang tade ciri-ciri ini, takpe..boleh dimaafkan. Tapi, kalau selepas ada anak, nak goyang kaki, tgk tv,laptop..minum2 mapley ke, silalah berubah okey!! Sian tau kami ni. Mengandung 9+ bulan dalam kesakitan, masa bersalin pun sakit, selepas bersalin pun masih dalam kesakitan. Takan lah tak boleh tolong skeet kan? Urut-urutlah skit, kemas rumah ke, lagi terer mandi kan baby, tukar diapers, buat susu baby ke… apa-apa yang boleh ditolong meringankan atau menenangkan hati isteri tersayang;)

Ok, kepada bakal-bakal ibu or ibu yang akan berpantang tak lama lagi, kalau nak 10 benda yang aku rekomen ni, silalah jalankan pujuk rayu terbaeek anda, tade pun nangislah guling-guling. Tak jadi jugak, ckp kat hubby ayat keramat – “MALAM TIDO LUAR”. Hahahaha…

Selamat Hari Raya Aidil Adha…sesungguhnya hidup ini penuh pergorbanan. Semoga beroleh semua kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin!

***pesanan khas dari penaja kepada Ina Saidin & Cik Sally (mama Syaza) – selamat berpantang yek;)

3 Things about Aiisya Najwa

Posted on 11. Nov, 2009 by casainee in najwa

1) Name
She got her name after 15 days. Lama kami nak dapatkan nama dia. ’Humairah’ dah ada dalam kepala sebab dia ‘merah’ tapi kitaorang teragak-agak nak letak sebab sepupu Amran pun nama Humairah;) Sampai lah hari yang ke-15 (hari yang patut kena denda), baru confirmed nama dia – AIISYA NAJWA. The meaning of Aiisya – alive and well, hidup bahagia (dlm buku nama abah) and the name of Nabi Muhammad’s wife. It’s also the name of my beloved grandmother :) Najwa means passionate or secret whisper. We are not so understand about the ’secret whisper’, but seems Ustaz Zaharuddin also named his daughter with Najwa… I believe it has another good meaning too :)

2) Umbilical Cord
Huhu…lambat betul, Baby Najwa ni nak tanggal pusat..hehe. Hari ke 15 baru tanggal..betul2 lepas Papa pegi register nama dia. Dahlah, Papa dia tak diberi peluang potong tali pusat macam Kakak Husna dia.

3) Sleepy Head
Suka tido aje. Tapi bila malam berjaga. Aiyaaaa….Dah kejut, main2 dengan dia, bising2 waktu siang pun, tapi stil aktif waktu malam. Macam Husna jugak. Tapi lately dah bagus. Bangun untuk minum susu aje then tido balik. Alhamdulillah…sedap mama dia tido;) Doa ajelah ia berkekalan, aminnn!

So my dear little, new princess… Mama, Papa & Kakak Husna love you so much. Semoga menjadi anak yang solehah, yang comel, yang bijak, yang mendengar kata, yang sihat walafiat, yang tabah seperti Saiditina Aisyah r.a. Amin!

Hello World !

Posted on 12. Oct, 2009 by casainee in my pregnancy, occasion, personal

<?php

$jantina = ‘girl’;
$weight = ‘2.75′;
$timeofbirth = ‘16.38′;
$dob = ‘12/10/2009′;
$name = X;

echo “Hello World $name”;
?>

Breastfeeding: 3 Kesilapan Saya

Posted on 11. Oct, 2009 by casainee in breastfeeding, tips

Husna was exclusively bf from her 6th day till 2 and half years. I’m quite impressed but there were alot of obstacles and problems I faced to bf my baby. Luckily (mmg sangat lucky), my Amran was the most supportive person in the world. Muahh!

Definitely, I am really hoping that I could do the same thing with the 2nd baby. Harap Mama kuat and tabah untuk kali kedua ini! However, I did a few mistakes actually, that I wish I could re-correct them. Ni disebabkan kurangnya info. So I would like to share with you frens:)

1) No milk on the first day
Husna was on formula for the first 5 days. Aku yang jahil ini ingat tiada susu lagi (sbb breast belum membengkak). Sebenarnya, mommies…selepas sahaja uri dikeluarkan, susu ibu telah mula dikeluarkan cuma cecair itu berwarna kekuningan dan sangat pekat, tidak berupa susu langsung. This is called colustrum. Colustrum is very essential for your baby because it’s rich with antibodies. Read this article – Kolustrum: Cecair Bernilai Emas. So mummies, after done everything, you may ask the nurse for your baby to bf her/him (normally in the private hospital, you have to ask).

2) Buy ‘not-so-good-and-cheap’ breastpump
I thought all the breastpumps are just same, the function is only to express your milk. So we just bought the RM 30++ breastpump. Heh, tahu berapa aku dah beli?? Nak dekat2 3-4 biji aku beli. Since I was exclusively on bf, so these so-so breastpumps couldn’t fulfill my needs. Asyik rosak, bocor or tak berfungsi langsung. Then lepas baca2 kat internet esp susuibu.com & amazon.com, baru lah aku faham kenapa orang sanggup berbelanja lebih membeli jenama2 yang bagus spt Avent, Medela, Spectra dll untuk breastpump sahaja. So we decided to buy the Avent Isis manual breastpump. The result? Amazing! And till it is still ok, waiting to be used for the little one soon. :)

3) Stok susu semasa pantang
Semasa berpantang, susu ibu yang dikeluarkan sangat banyak sebenarnya, dan aku terlepas pandang perkara ini. Aku ralit memberi Husna direct sucking. Aku hanya membuat stok, sebelum 2 minggu nak kerja. Sangat2 rugi. So bila dah start bekerja, aku terpaksa ’berhempas-pulas’ membuat stok mcam ‘kais pagi, mkn pagi’ supaya Husna cukup susu setiap hari. I had to find extra times too to express milk, just to make more stock.

The benefits of breastfeeding you can easily google it…I dont think I need to explain here. The most important things are, get support from your family esp your hubby (sang suami – tolong skit ye;), seek for many and right info about bf (jgn suka dgr ‘org kata’), get support from lactaction support group, and of course DOA, DOA dan DOA!

So mummies, I am a full-time working mum, not a milk-drinker, very ‘lembik-tak-tahan-penat’, a spoiled daughter… If I could do it, so can you!! (Eh, Jennifer Garner pun bf tau;) And I am going to do it again. Insya-allah, Amin!
(Visit these sites : susuibu.com, fabulousmom.com, momlittleones.com to get info and bf accessories)

Selamat mencuba dan berusaha!!

Raya, Kerja and The 37th Week

Posted on 02. Oct, 2009 by casainee in my pregnancy, occasion


Pic credit to : kuizikel’s photostream

“Ainee, baby you dah engaged ni..keras dah perut ni. Bila-bila masa saja ni”, she smiled.
 
Me?? The first thing I thought was, who is going to mark my students’ papers – if I’m going to deliver soon? Lepas tu, fikir pasal thesis aku pulak…I am really blur and stuck, how to solve this unpredicted situation??

Raya? Raya pun tade mood sangat. Aku balik kg (BP) bawak tests & CW yang nak kena marking. Baju raya pun tak siap..huhu sadis sungguh pagi raya aku:( Tapi apa2 pun aku happy la jugak dapat jumpa and kumpul ramai2 dengan sedara2 yang jumpa setahun sekali je :) (boleh tumpang baca pasal raya by adik2 ipo ku : kuizikel & cekkeya)-lebih kurang je crita sama dgn aku. Tengah tunggu Bell update pasal raya << cepatt aa!!)

I’ve finished marking my first paper. Sangat berbangga dgn diri sendiri wpun resultnya macam *tut*. It took me 2 days only. Now I’m waiting for my second paper which is on 5th Oct. Meanwhile, I guess I need to track back my pending thesis report. Sigh!

My weight is 58kg. The baby is 2.7kg now (cepat lak dia naik). But everything all fine. I’m having normal symptoms of 37wks – Braxton Hicks, a lot of pressure u-know-where, back pain, hips pain, sleepless nite and constantly pooping. I am praying very hard that I’m NOT going to deliver soon, but NOT later than 22 Oct. Takmo susahkan sapa2 for taking over my job. Ya Allah, makbulkan lah! Amin!

Frens & family, please pray for me too. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Me and The 34th Week

Posted on 17. Sep, 2009 by casainee in my pregnancy, occasion

Last Friday, I went for my 34-weeks checkup. Alhamdulillah…my urine test’s result was all fine. Ahkak suka sangat! pH - normal, glucose - normal, protein : -ve. Syukur sangat2. I was so worried if my glucose level still high as the last visit. My weight is 57.1kg, and the baby is 2.1kg. So far so good and I am still fasting till today, Alhamdulillah :)

Because of the fine result, ahkak makan tak-hengat malam tu..muhahahaha…takbleh tahan la;) AIST had a buka puasa dinner cum farewell party for the practical students, at Renaissance Hotel, Melaka. Sangat ok makanannya, variety, well presented, service ok, surau sangat bersih. Boleh makan lagi ye kat sana, boss?

Why I was so demn happy about the result?? Aaarghh….this time I have Gestational Diabetes. Sigh. FYI, this type of diabetes is occured during pregnancy only. It is believed, will be away, once you deliver the baby. Tapi, ada possibilities untuk ibu-ibu akan kena diabetes in future. Aiyakk!!

I found out about it during the last visit. The urine test showed a high level of glucose, a week before Ramadhan begin. Doc ask me to check the level of glucose in my blood pulak. So I had to do the Glucose Tolerance Test (GTT) (Kena amik darah otey, sungguh panjang jarum itu!!). The process was like this..that nite I have to fast after midnite till morning, before taking the test. A sample of your blood will be taken. After that, you will be given a drink – SANGAT MANIS GILER….1 mug penuh aku kena minum. Rasa nak muntah. Then I had to wait for 2 hours. Within this hours, you are advised to stay calm and relax and cannot eat, minum boleh. Some ppl will feel nausea, shivering and dizzy. Aku? Semua aku rasa. After 2 hours, another blood sample is taken. This time to see how your body break down the sugar. Aku terus balik selepas test tu. A few hours then, the doc personally called me to tell me the bad news. Oh ooo….:(( She explained and asked me to do another test – Blood Sugar Profile (BSP) Test where I have to check my blood sugar level for 4 times in a day!! Sangat menyusahkan tapi alhamdulilah, aku dpt setelkan dengan baik just a day before the 1st Ramadhan. Pagi puasa, 8am take the test. Doc akan cucuk hujung jari kita (dengan jarum yang sngt kecil:), then masukkan darah kat alat kecil (ada macam kertas litmus), then bacaan pun keluar . First result = 4.4 . Lepas tu, baru boleh breakfast. Then kul 12noon kena pegi lagi (before lunch), result = 3.5 3.8. Lepas tu, around 4pm, cucuk lagi..resultnya = 4.8 . Last sekali 10pm, the result was = 4.6. Yeayy!! Conclusionnya OK la and definitely I have to watch out my meals la…

SANGAT MENCABAR otey di bulan puasa ini…..!

Oh ya, another important information…the baby is GIRL !!! Husna suka, Papa suka, aku pun suka. Family aku je ngada2, frust..hehe nak baby boy pulak. Takpe..rezeki Allah. Senang woooo jaga anak pompuan ni;) Preparation ? Not yet. Belum tengok, Husna’s things that can be recycled..hehe. Aku tengah sevey nak beli breast pump apa..last time I used Avent Isis – never dissappoited me, however this time I want to buy dual pump, jimat masa, tidak membazir susu dan very practical for working moms. So frens, any suggestion for me? TQ.

Selamat beramal untuk hari-hari terakhir Ramadhan ni! =)